Yeahh aku kembali menulis selepas beberapa mingu exam..
Erkkk sakit kepale di buatnye.(hohohho) Macam-macam persoalan dan pertanyaan nak kene jawap ikut kehendak soalan. Huh bahagia jer pas jawap last paper petang tadi. Sekarang aku kene stanby dengan result exam tu nanti.(hahahahaha) Mintak-mintak PAS.
Erm ape aku nak melalut eh. (pikir jap)
Hah baru-baru nih aku ade bawak kawan aku dari utara jenjalan kat kampung aku ( Pahang) nak aku cerite ke x eh ?? (hrmm aku malas nak menaip sebenarnye ni).
Lenkali la eh aku cerita pasal kawan aku dari utara datang becuti kat kampung aku tu eh.
Hahahahaha.
Erm bebalik pada isu blog aku nih, aku rase nak wat perubahan sikit. Aku segan ler nak cerita-cerita pasal cinta nih. Tapi subjek nih best kalau di kembangkan. (hahahaha) tapi aku rase cam dah bosan bile sebut pasal cinta-cinta nih. Aku nak ubah topik pasal ape-ape jer asal kan bukan isu cinta. Tapi kalau di pikir semula isu cinta nih takda penhujung selagi nyawa ada di badan kita sebagai manusia ( hrmmm terlampau meluas maksud cinta tu sebenarnya ) korang pikir-pikir la sendiri ape maksud aku tuh.
Bagi aku cinta pada individu yang bernama manusia tak lebih dari Cinta sebuah perasaan mulia yang berperan penting dalam sejarah perjalanan manusia,manusialah yang menggiring cinta kepada hal-hal yang negatif,sehingga cinta di jadikan legalisasi perbuatan keji yang dilarang oleh Agama.
Cinta : Cerita indah namun tak abadi
Cinta : Cerita indah namun tiada akhir.
Ni aku ade taip kan lirik lagu Marjinal. Tajuk lagu nih Cinta Pembodohan. Kalau di kaji dan di lihat betoi-betoi lirik nih, aku rase ade betoinye. Korang bace la sendiri dan nilaikan lirik tu dari sudut pemikiran korang eh.
CINTA PEMBODOHAN (versi tape)
Dunia punya cerita
Cerita tentang cinta.
Mati kerna cinta
Stress kerna cinta.
Sedikit-dikit cinta
Buat filem tentang cinta
Mengarang lagu cinta
Cinta cinta cinta ta ta
C/o
Cinta pembodohan
Kerna cinta membuat manusia tak keruan.
Cinta pembodohan
Kerna cinta itu berlebihan.
Cinta itu racun.
Cinta adalah alat
Untuk mencapai keinginan.
Mau M/L ( more love)
Atau mau jadi president
Mau kaya ngomong cinta
Mau manis ngomong cinta
Membunuh kerna cinta.
Cinta cinta cinta ta ta
Hrmm dah bace ?? Tapi lagi best bace sambil dengar lagu nih. (serious aku tak tipu ) Lirik nih sebenarnya bebisa walaupun dari zahirnye cam biase jer. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi
kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Cinta tu sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Inilah dasyatnya cinta !
Hahahahahaha ayat tak ingatnye ( tapi aku takde jugek awek Hrmmm).
Sekarang yang lebih utama adalah mengejar cita-cita.(munkin?) Tapi alangkah sempitnye hidup nih tampa cita-cita. (setuju? ) Cita-cita yang besar selalunya betemu dengan halangan yang tak kurang besar, munkin sebesar cita-cita atau lebih lagi (huhuhuhu seram) ini yang dinamakan ukuran besar atau kecil cita-cita kite (hrmmm)
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Orang yang kurang kental hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya. (boleh jadi) Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Hrmm korang ade cita-cita ?? (hahahaha tak kan la takde kan..) Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya. Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna. Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.(huhuhuhu peritt sebenarnya nak mengejar cita-cita nih ) Tapi jangan la kite sampai mengejar cita-cita tampa usaha dan pengorbanan. Itu namanye mengejar cita-cita hanya dengan angan-angan.
Korang mesti ade rancangan nak hidup macam orang lain yang ade kat sekeliling kite yang ade kebahagian hasil dari bermulanya cita-cita mereka. Aku tepikir jugak camner tokey Genting yang tak tahu membace boleh jadi kaya-raya. Munkin sebab dia ade cita-cita kot hahahahaha. Bayangkan kalau tokey Genting tu asik pikir pasal cinta memanjang. Rase-rase aku rakyat Malaysia nih tak terfikir camner tokey Genting tuh boleh wat ape yang dia buat sekarang kat atas gunung tuh. (Hrmmm)